ANGAN-ANGAN

Bingkisan yang agak lama terpendam. Dari kejauhan hati dan nafsu berkongsi rasa bangga atas limpahan nikmat yang Allah kurniakan ke atas kawan-kawan. Ada sudah bergelar Datuk Seri, Dr., Tuan Lawyer, Tuan IR, Tuan berpangkat dan sebagainya. Berkereta ferrari, berumah yang tidak bertingkat-tingkat, anak isteri bijak dan sihat. Alhamdulillah. Tiada rasa cemburu tiada rasa hasad, sesekali tiada cemburu dan hasad.

Angan-angan yang lama kembali berdampingan. Sudah lumrah sifat manusia yang bernafsu punyai keinginan atas nikmat yang tidak pasti ketemu. Dalam hati ini juga terlakar sebuah impian. Entah baik atau lebih ke arah godaan syaitan. Moga Allah perbetulkan...

Di pertengahan umur kehidupan ini, dengan penuh kesederhanaan aku ingin pulang ke kampung halaman. Jikalau dianugerahkan olehNya sedikit sumber kewangan, angan aku berkira-kira, beli sebidang tanah, bina sebuah rumah dan bina sebuah madrasah. Aku dan keluarga (dedikasi buat ayah) ingin berdakwah dalam suasana tradisional dengan pendekatan moden yang munasabah. Seronok bila meneropong ke kampung-kampung yang ada berakah. "Hidup" masyarakatnya, berlangsung aktiviti dakwah dan majlis ilmu agamanya. Ada hubungan hati antara kaum tua dan mudanya.

Angan ku diam seketika! Belum masanya dan belum ada kemampuannya. Apa nikmat yang ada itulah jalan untuk aku berlajar berdakwah.

1 ulasan:

epadzz zainal berkata...

insyaAllah..
amin