PELAJARAN VS PENDIDKAN: MANA YANG LEBIH DAN MANA YANG TERKURANG

Bukan kata nama bagi Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pendidikan yang mahu aku ulas, tetapi lebih terarah kepada soal kebajikan diri dan keluarga kita semua. Sedar atau tidak, konsep pelajaran dan pendidikan adalah dua konsep yang berbeza. Jadi di antara dua konsep tersebut manakah yang terlebih dan terkurang kita berikan kepada diri mahupun ahli keluarga kita?

Sekiranya selama ini kita menganggap bahawa kedua-dua konsep tersebut adalah sama, maka mulai saat ini marilah sama-sama kita perbetulkannya. Cukup senang untuk kita membezakan antara keduanya. Andai ilmu yang mahu dicari maka tambahkan pelajaran. Sebaliknya jika mahu dijadikan segala ilmu yang ada itu dimanfaat dan diamalkan maka tambahkan pendidikan.

Sebagai contoh, untuk mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengan solat maka pelajarilah ianya dengan mana-mana ustaz, hadiri kuliah fekah, banyakkan membaca kitab dan sebagainya. Maka berdasarkan tindakan tersebut kita sudah menjalankan tanggungjawab dalam mempelajari ilmu solat. Tidak bermakna bila sudah penuh ilmu di dada, segala ilmu tersebut diamal dan dimanfaatkan. Jadi untuk diamal dan dimanfaatkan ilmu yang dipelajari tersebut, didiklah diri untuk bersolat, tanamkan rasa cinta terhadap solat, motivasikan diri dengan perkara-perkara yang boleh membangkitkan semangat untuk bersolat. Medium pelajaran dan pendidikan boleh bersamaan akan tetapi konsep, pendekatan dan kaedahnya adalah berlainan. Fikir-fikirkan. Tambahkan mana yang terkurang, manakala yang sedia ada terus mantapkan dari segi penghayatannya.

2 ulasan:

BaiTiL a'tiQa berkata...

Salam juang...

Nsyaallah, apa yg telah dibaca, amal & sampaikan pada yang lain....

zuhey berkata...

Salam Juang...

Insya Allah... sukran