50 DUNIA 50 AKHIRAT : BETULKAH KONSEP INI?

Sering kali kedengaran orang awam menganjurkan konsep 50 dunia 50 akhirat. Baik ilmuan, negarawan, agamawan dan lain-lain. Aku bukan mahu mengiyakan atau menidakkan. Aku sekadar mahu berkongsi persoalan. Sekiranya ada bijak pandai agama yang mampu menjawap persoalan ini bolehlah berkongsi pandangan.



Baiklah mari kita sama-sama hayati dan empati perumpamaan yang akan diberi. Segelas cawan yang akan digunakan oleh tuannya untuk membancuh air teh yang cukup rasa. Maka pasti segelas air masak diperlukan samada panas atau suam ditambah dengan sedikit teh dan gula. Betulkan? Tiada pernah sesiapa pun menyediakan air teh yang mana bahan yang digunakan adalah sama banyak kuantitinya. Iaitu segelas air, segelas teh dan segelas gula. Sekiranya perkara ini berlaku, apa yang akan terjadi?

Begitulah jua dengan kita manusia, cawan tersebut ibarat medium kehidupan kita (masa dan nyawa). Manakala tuan kita ialah Allah S.W.T. Apakah kehendak Allah ciptakan kita? Semestinya beribadah kepadanya dan kembalinya kita adalah ke akhirat sana berjumpa dengan Nya. Jadi mana mungkin boleh kita mengisi ruang masa dan nyawa kita dengan kuantiti yang sama banyak antara akhirat dan dunia?

Sama-sama kita memikirkannya. Moga petunjuk dan hidayah Allah S.W.T bersama mereka yang menginginkan kebenaran Nya.

Zuhey : Dunia yang dilakukan kerana Allah semata-mata adalah sebahagian ibadah juga.

2 ulasan:

Irwan berkata...

Yang saya paham, 50/50 tu konsep nak alihkan perhatian orang dari tumpu pada akhirat..

yang betulnya, 100% perkara yang dibuat dalam hidup ini, diniatkan agar mendapat habuan akhirat...

Jadi, 2 birds with one stone

zuhey berkata...

irwan : anta hebat...