SURAT KHABAR VS AL-QURAN



Memang setiap hari aku akan membeli surat khabar. Boleh katakan setiap hari. RM1.50 akan "dilaburkan" untuk senaskah surat khabar. Hari Ahad tambah lagi RM0.50. Sekiranya tidak beli, aku akan cuba curi baca kat kedai atau yang kawan punya. (Maksud curi tu ambik baca tanpa izin da.. hahaha.) Sampai tahap ketagih jadinya. Adakah anda pun begitu? Aku tidak tahu, yang aku tahu memang aku dah termasuk dalam kategori penagih tegar pembaca surat khabar.

Tapi ada seperkara yang selalu berputar-putar dalam akal fikiran yang selalu aku nak lakukan tetapi sentiasa tidak terlaksana hinggalah ke saat dan detik ini. Apa dia? Baca Al-Quran. Ya membaca Al-Quran. Alangkah baik dan beruntungnya kalau Al-Quran dapat aku baca setiap hari juga. Aku memang hairan kenapa aku tak boleh nak lakukan seperti mana aku baca dan beli surat khabar setiap hari. Anda hairan? Aku tidak tahu, yang aku tahu memang aku hairan...! Betapa besarnya pangkat syaitan yang mendampingiku ini. Jeneral Mejar ke apa?

Anda jangan contohi aku, contohilah sahabat-sahabat nabi dan tabiin dan tabiin-tabiin yang terdahulu. Ada dalam kalangan mereka yang dapat khatam Al-Quran dalam satu malam sahaja. Hebatkan? Kita? Aku...? Insya Allah sama-sama kita usahakan. Sekurang-kurannya paling malas pun, kita cuba lah usaha baca 5 potong ayat satu hari. Insya Allah, moga Allah permudahkan dengan taufik dan hidayah Nya

2 ulasan:

kek_gebu berkata...

salam ukhwah..

oh,,sedihnya..huhu
moga saudara,sy dan semua umat islam dpt mulakan hari dgn membaca quran terlbh dahulu..
bacaan quran yg disaksikan oleh para malaikat adalah diwaktu sblum subuh..time tahajjud tu..
insyaallah dpt kita sama2 amalkan..aminnnn

zuhey berkata...

Amin! sama2 kita usahakan. Sukran krn singgah ke blog ambo.